3/8/2023|Jerai Hotel, Alor Setar.
Petang ini YDP Datuk Mohd Zayad bersama Naib Yang Dipertua En Mohd Khairul menerima kunjungan daripada Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Penang. Sesi pertemuan ini telah di adakan di The Jerai Hotel, Alor Setar.
Tujuan utama kunjungan adalah bagi menyampaikan undangan kepada usahawan2 di bawah DPMM Kedah ke Ekspo Perdagangan Indonesia (TIE) ke-38 yang bakal berlansung pada 18-22 Oktober 2023 diIndonesia Convention Exhibition (ICE) BSD City, Indonesia,
Terima kasih kepada Pak Kiki Kusprabowo (Minister Counsellor), Pak Aryadi Ramadan (Consul Economy) dan pegawainya, Asminata Fira kerana hampir setiap tahun berkunjung menyampaikan jemputan kepada DPMM Kedah.
Pada tahun 2022, dimaklumkan bahawa terdapat 29,714 pengunjung telah menghadiri acara tersebut dengan nilai tranksisi yang tercatat sebanyak USD 15,83 milyar, yang mana mendapat kehadiran penyertaan daripada India, Jepun, Mesir, Filipina, Malaysia, Negeria dan Arab Saudi.
InshaAllah, DPMM Kedah akan mewar-warkan penyertaan kepada ahli2 berkenaan dengan penganjuran program tersebut.