18 Mei 2025
Kuala Lumpur, 18 Mei 2025 – Wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah menghadiri majlis pelancaran Majalah Melayu Global yang berlangsung di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.
Majalah Melayu Global diterbitkan sebagai platform untuk mengetengahkan kisah kejayaan, ketekunan dan pencapaian usahawan Melayu yang mampu menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Dalam majlis yang sama, DPMM Pusat turut mengumumkan pembukaan Pejabat Satelit di Kazakhstan, hasil kerjasama strategik dengan Hadid Group, yang juga merupakan ahli DPMM. Pejabat ini dijangka menjadi pintu masuk penting bagi membantu usahawan Malaysia menembusi pasaran Asia Tengah melalui rangkaian sokongan, bimbingan dan peluang perniagaan baharu.


