8/9/2023| Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF PELAJAR SEKOLAH
Petang ini DPMM Kedah turut serta menjayakan Karnival Ummah Sihat & Penyayang yang berlansung selama 2 hari di Perkarangan Masjid Rafeah Taman Uda Alor Setar. Antara penyertaan dari DPMM Kedah adalah memberi sumbangan kepada asnaf pelajar-pelajar sekolah. Seramai 60 pelajar yang disenarai pendek oleh pihak sekolah terpilih bagi menerima sumbangan tersebut. Antaranya adalah sekolah Kebangsaan Taman Rakyat, Sekolah Kebangsaan Taman Uda, SMK Dato’ Syed Omar dan SMK Sultanah Bahiyah.
YDP, Datuk Mohd zayad Ismail dan Timbalan YDP, Hj Zulkifli Khamis hadir untuk menyampaikan bagi pihak DPMM Kedah.
Penghargaan kepada pihak urusetia iaitu Kumpulan Sahabat Amal Taman Uda kerana sudi menjemput DPMM Kedah sebagai perasmi dalam Majlis Penutup Kanival Ummah Sihat & Penyayang pada petang ini. Terima kasih juga kerana memberi ruang kepada DPMM Kedah untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak sekolah pada petang ini.
DPMM Kedah saban tahun dibawah Yayasan DPMM Kedah akan menyalurkan agihan semula kutipan zakat melalui program-program yang bersesuian. Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban kepada anak-anak sekolah tersebut.
Antara intipati ucapan penutup daripada YDP adalah ‘DPMM Kedah menyambut baik strategi membawa Karnival berbentuk usahawan di perkarangan masjid seperti yang diusahakan ini. Usaha ini perlu menjadi langkah awal dan contoh untuk diikuti oleh kariah masjid2 lain khususnya di negeri Kedah. Ini menunjukan bahawa fungsi masjid bukan sahaja dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata, sebaliknya ia mempunyai skop yang lebih luas. Ini kerana “Pada zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadat, tetapi juga pusat pentadbiran, dakwah dan kegiatan ekonomi.
DPMM Kedah mendoakan Semoga dengan penganjuran majlis ini, dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita





See Insights and Ads
All reactions:
29You and 28 others