Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Kedah 2025.

24 Februari 2025 – DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah, khususnya Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, atas kesudian melibatkan DPMM Kedah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Kedah.

Mesyuarat ini membincangkan pelbagai pelan dan strategi bersama agensi berkaitan bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan di Kedah. Antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk pelaksanaan Karnival Usahawan Kedah dan Jelajah Ekplorasi Usahawan Kedah di enam daerah terpilih.

DPMM Kedah berharap segala perancangan ini dapat direalisasikan dengan cemerlang demi kemajuan usahawan negeri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *