Pertemuan DPMM Kedah Bersama Duta Besar Malaysia di Jakarta.

9 Oct 2024| Ibu KotaJakarta.

YDP Datuk Zayad bersama beberapa ahli DPMM Kedah petang ini telah mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Malaysia Di pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Pertemuan ini selain sebagai kunjungan hormat bertemu Duta Besar Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin, adalah juga untuk mendapat khidmat nasihat dan sudut pandang daripada pihak kedutaan Malaysia berkaitan dengan urusniaga produk Malaysia ke Indonesia. Sesi pertemuan ini turut disertai oleh Trade Commissioner Matrade di Jakarta Mr Suresh Kumar.

Terima kasih kepada Pejabat Duta Besar Malaysia di Indonesia kerana sudi menerima kunjungan DPMM Kedah. Semoga pertemuan ini akan membina hubungan antara dua pihak dan membuka peluang kepada usahawan di bawah DPMM Kedah untuk membawa produk mereka ke pasaran Indonesia dan sebaliknya.

See insights and ads

Boost post

All reactions:

3232

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *