13/9/2023
PROGRAM WALKABOUT DPMM KEDAH SIRI 2.
Dalam siri Program walkabout Siri ke-2, DPMM Kedah hari ini telah melakukan tinjauan ke beberapa projek pertanian dan penternakan ikan di sekitar Gurun dan Pendang. Hari ini dapat mendengar dan melihat sendiri bagaimana pengusaha pertanian bumiputera membukitikan bahawa sector pertanian sememangnya boleh menjana pendapatan yang lumayan jika diusaha dengan strategi yang betul. Bukan setakat pengalaman dan ilmu yang ada sahaja tapi setiap perjalanan dan proses perlu diambil kira dari pelbagai sudut.- Musim, waktu, target jualan, kiraan kalendar dan beberapa sudut lagi yg mesti kena pada masa yg sesuai.
Team DPMM Kedah juga hari ini dapat melihat bagaimana menjadi usahawan menternak ikan Ketutu mampu memberikan hasil lumayan sekiranya diusahakan dengan pengurusan kolam yang teratur dan terancang. Harganya Ikan Ketutu hari ini boleh mencecah RM100 sekilo di pasaran tempatan.
Di samping sisi kejayaan yang ditonjolkan, pertemuan hari ini juga didedahkan dengan cabaran dan kerenah yang perlu mereka hadapi terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.
InshaAllah, sesi temubual bersama pengusaha2 pertanian dan penternak ikan ini akan didokumentasikan dan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan. Moga permasalahan yang dikemukakan oleh usahawan agro ini dapat sampai kepada pihak yang sepatutnya.
See Insights and Ads
All reactions:
29You and 28 others