Program Workshop: Peranan Malaysia, Thailand & Indonesia dalam Membangunkan Industri Pelancongan Segi Tiga IMTGT

Deligasi DPMM Kedah hadir mengiringi Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah bagi menyertai program workshop di BP Grand Hotel, Hatyai.

Sesi perbincangan dalam program workshop ini adalah berkaitan dengan topik Peranan Malaysia, Thailand dan Indonesia dalam kerjasama membangunkan industry Pelancongan segi tiga -IMTGT.

Kebanyakan hadirin dalam sesi ini adalah terdiri daripada pemain2 industri pelancongan dan kumpulan media Malaysia-Thailand. Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung Pusat pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan. Turut hadir adalah Gabenor Wilayah Songkla dan presiden Persatuan Media Selatan Thailand.

Kehadiran wakil DPMM Kedah, selain daripada menerima jemputan untuk bersama2 Dato’ Exco, DPMM Kedah juga terlibat dengan program business matching dan product exhibition yang sebelumnya berlansung di Bandar Hatyai.

See Insights and Ads

Boost post

All reactions:

10You and 9 others

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *