DPMM Kedah Terima Kunjungan daripada KJRI Penang, Perkukuh Jaringan Kerjasama Perniagaan Malaysia–Indonesia.
27 Julai 2026.
DPMM Negeri Kedah hari ini menerima kunjungan daripada Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Penang yang diketuai oleh Konsul Ekonomi Cooperation, Bapak Safaat Ghofur, bersama Bapak Muhammad Priyudi Ekananda.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP) DPMM Kedah bersama barisan pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Dewan.
Dalam pertemuan tersebut, pihak KJRI Penang telah menyampaikan jemputan rasmi kepada DPMM Kedah untuk turut serta dalam Trade Expo Indonesia (TEI) Ke-41 yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 18 Oktober 2026 di Tangerang, Indonesia.
Trade Expo Indonesia (TEI) merupakan acara perdagangan tahunan berkonsepkan Business-to-Business (B2B) terbesar dan berprestij di Indonesia yang dianjurkan oleh Direktorat Jenderal Pengembangan Ekspor Nasional, Kementerian Perdagangan Republik Indonesia. Ekspo ini menjadi platform penting bagi membuka peluang jaringan perniagaan, kerjasama strategik serta memperluaskan akses pasaran antarabangsa.
Untuk rekod, DPMM Kedah sebelum ini telah menghantar delegasi menyertai TEI pada tahun 2023 dan 2024 sebagai salah satu usaha memperluaskan jaringan usahawan Kedah ke peringkat serantau.
Insya-Allah, DPMM Kedah akan mempertimbangkan penyertaan sekali lagi bagi tahun ini dalam usaha memperkukuhkan hubungan perdagangan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama antara usahawan Malaysia dan Indonesia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak KJRI Penang atas kesudian hadir menyampaikan jemputan secara langsung serta berkongsi maklumat dan penerangan berkaitan pelaksanaan Trade Expo Indonesia 2026.
Semoga hubungan erat Malaysia–Indonesia khususnya dalam bidang perdagangan dan keusahawanan terus diperkukuhkan.




