28/8/2025.
Hari ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah berbesar hati memenuhi jemputan daripada Guru Besar SK Teloi Tua, En. Mohamad Redzuwan bin Abdul Manas, untuk meraikan Hari Kejohanan Olahraga Tahunan SK Teloi Tua Kali Ke-49 Tahun 2025.
DPMM Kedah telah diwakili oleh En. Mohd Sobri Saari, Ahli Jawatankuasa DPMM Kedah, yang turut berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 10 orang pelajar asnaf sekolah tersebut. Sumbangan ini adalah hasil daripada inisiatif Yayasan DPMM Kedah dalam menyantuni komuniti setempat.
Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas penganjuran acara sukan tahunan ini. DPMM Kedah mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang mengambil bahagian. Semoga kejayaan dalam sukan menjadi pemangkin kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan.




