Program Bual Bicara Bersama Usahawan AIM Kulim

‘Mencipta Peluang, Mengubah Masa Depan’

๐Ÿ“… 10 September 2025

๐Ÿ“ Dewan Stadium Kladi, Kulim

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Bual Bicara Bersama Usahawan anjuran Kelab Usahawan Ikhtiar Kulim (KUIK) dengan kerjasama Usahanita Daerah Kulim & Dewanita DPMM Kedah.

Program penuh inspirasi ini bukan sahaja menjadi ruang perkongsian ilmu, malah turut meraikan usahawan-usahawan asnaf daripada ahli KUIK yang merupakan usahawan di bawah AIM. ๐ŸŒฑ

๐Ÿ’ก Sesi bual bicara kali ini menampilkan dua ikon usahawan wanita dari DPMM Kedah sebagai panel:

1๏ธโƒฃ Pn. Hajah Asiah binti Bashah

2๏ธโƒฃ Pn. Safinah binti Haji Omar

Sesi ini dimoderatorkan oleh Naib Yang Dipertua DPMM Kedah, En. Mohd Khairul Rohami, yang mengupas topik โ€œMencipta Peluang, Mengubah Masa Depanโ€.

Selain itu, DPMM Kedah turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada usahawan asnaf, yang disempurnakan oleh YDP DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Ismail.

๐ŸŒธ Setinggi-tinggi penghargaan kepada:

Pn. Noor Azureena Abu Bakar (Pengerusi KUIK)

Pn. Hajjah Siti Hawa Md Isa (Ketua Usahanita Daerah)

Pn. Zaliha Thamin (Timbalan Ketua Usahanita Daerah)

Pn. Haryani Hj Mansor (Setiausaha Usahanita Daerah)

serta semua usahawan yang hadir memeriahkan program ini ๐Ÿ™Œ

Terima kasih juga kepada AJK dewan dan dewamuda kerana hadir memberi sokongan bagi memeriahkan majlis.

โœจ Semoga usaha bersama ini menjadi pemangkin untuk kita terus maju, mencipta peluang, membina ukhuwah dan mengubah masa depan dengan lebih gemilang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *