8 SEPTEMBER 2026 | MEDAN, INDONESIA
DPMM Negeri Kedah terus memperkukuh jaringan dan kerjasama perniagaan serantau menerusi penyertaan dalam IMT-GT International Business Matching 2026 yang berlangsung pada 8 September 2026 di JW Marriott Hotel, Medan, North Sumatra, Indonesia.
Program ini merupakan salah satu program sempena 32nd IMT-GT Ministerial Meeting and Other Related Meetings 2026, yang menghimpunkan pemain industri, usahawan, pelabur, institusi kewangan, dewan perniagaan serta wakil kerajaan dari negara-negara anggota IMT-GT.
Atas jemputan pihak penganjur, seramai 19 delegasi DPMM Kedah telah menyertai program ini yang diketuai oleh Yang Dipertua, Haji Zuhaizar bin Abdul Karim.
Penyertaan ini memberi peluang kepada DPMM Kedah untuk memperluaskan jaringan perniagaan, meneroka peluang pasaran baharu serta membina hubungan strategik dengan rakan perniagaan dari Indonesia, Thailand dan Malaysia, khususnya dalam sektor-sektor yang mempunyai potensi untuk dikembangkan melalui kerjasama rentas sempadan.
Program turut menampilkan sesi Sectoral Group Discussion yang memfokuskan kepada lima sektor tematik, sekali gus membuka ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan, mengenal pasti peluang kerjasama serta membincangkan potensi perdagangan dan pelaburan di rantau IMT-GT.
DPMM Kedah melihat platform seperti ini sebagai satu medium penting dalam memperkasakan usahawan tempatan agar lebih berani meneroka pasaran antarabangsa, membina rangkaian strategik dan meningkatkan daya saing perniagaan.









