DPMM KEDAH PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK MALAYSIA–INDONESIA

18 SEPTEMBER 2026 | KUALA LUMPUR

DPMM Negeri Kedah terus memperkukuh jaringan strategik serantau apabila YDP, Hj. Zuhaizar Abdul Karim, menghadiri Majlis Resepsi sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-81 anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, yang mewakili Kerajaan Malaysia.

Penyertaan ini menjadi ruang penting untuk mempererat hubungan Malaysia–Indonesia, khususnya dalam memperluas jaringan perniagaan, kerjasama sosioekonomi serta peluang pelaburan dan keusahawanan rentas sempadan.

DPMM Kedah komited untuk terus membina jaringan bersama rakan strategik serantau dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi dan pengukuhan ekosistem keusahawanan, khususnya bagi memberi manfaat kepada komuniti perniagaan di Negeri Kedah.

Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-81 Republik Indonesia.

Semoga hubungan erat Malaysia–Indonesia terus kukuh, berkembang dan membawa kemakmuran bersama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *