17 Ogos 2026| Kota Baharu, Kelantan.
Alhamdulillah, DPMM Negeri Kedah berkesempatan hadir ke Program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) 2026 Negeri Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada 17 Ogos 2026.
DPMM Kedah diwakili oleh Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat serta Ahli Jawatankuasa bagi turut sama merasai suasana, semangat dan pengisian GEMA yang menghimpunkan usahawan, agensi kerajaan serta rakan-rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DPMM Negeri Kelantan atas jemputan dan sambutan yang diberikan. Perkongsian pengalaman serta jaringan yang terjalin pastinya menjadi nilai tambah dalam usaha memperkasakan agenda pembangunan usahawan Melayu dan Bumiputera.
Semoga GEMA terus menjadi platform yang memperkukuh jaringan perniagaan, kolaborasi strategik dan peluang baharu kepada para usahawan.
Insya-Allah, moga kita berjumpa lagi dalam penganjuran GEMA di peringkat Negeri Kedah pula. Semoga terus sukses dan dipermudahkan segala urusan.




