18 Ogos 2026 | Pattani, Thailand.
Selesai menghadiri jemputan ke Program GEMA DPMM Kelantan, wakil DPMM Negeri Kedah berkesempatan mengadakan kunjungan ke kilang Kopiah Ameen, sebuah perusahaan yang menghasilkan dan memasarkan kopiah, peci serta songkok yan terletak di Kamiyo, Mueang Pattani, Pattani, Thailand.
Kunjungan ini memberi peluang kepada wakil DPMM Kedah untuk melihat dengan lebih dekat proses pembuatan dan pengeluaran kopiah secara langsung, di samping memahami operasi perniagaan, pasaran serta potensi pengembangan produk ke pasaran luar Thailand.
Menariknya, perusahaan ini bukan sahaja menjalankan jualan secara runcit dan borong, malah turut menerima tempahan OEM (Original Equipment Manufacturer) daripada pelanggan di pelbagai lokasi termasuk Malaysia.
Operasi ini juga dimaklumkan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 50 orang penduduk tempatan, sekali gus memperlihatkan bagaimana perusahaan pembuatan berskala sederhana mampu memberi sumbangan kepada ekonomi dan komuniti setempat.
Bagi DPMM Kedah, lawatan seperti ini bukan sekadar kunjungan, tetapi merupakan platform untuk mengenali pemain industri, memahami keperluan pasaran dan membuka peluang baharu kepada ahli-ahli DPMM.










