DPMM Kedah - Dewan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah - DPMMK - Usahawan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan

KEDAH HALAL FESTIVAL 2022 @ AMANJAYA MALL SUNGAI PETANI, KEDAH

28 Julai 2022| Sungai Petani

Hari Petama.

Hari ini merupakan hari pertama dan hari perasmian bagi Kedah Halalfest 2022 di Perkarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani. Kedah Halalfest 2022 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan platform pemasaran offline terhadap usahawan-usahawan negeri Kedah menjual produk dan perkhidmatan halal yang di kawal selia oleh Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK). DPMM Kedah yakin dengan adanya program seumpama ini merupakan medium terbaik untuk mengetengahkan produk-produk halal negeri Kedah.

Perasmian Kedah Halal Fes 2022 hari ini di rasmikan oleh YB Mohd Firdaus bin Ahmad Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah. Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim; Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Muhamad Mahazi Ibrahim; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Dato’ Kamarudin Abd Akib dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kuala Muda, Rozaimie Abdul Rahim.

Terima kasih juga kepada YDP DPMM Kedah, Datuk Zayad Md Ismail kerana sudi melapangkan masa hadir meraikan pembukaan KHF 2022 ini.

‘Kedah sejahtera nikmat untuk semua’

#kedahhalalfest2022

#DPMMKedah

#AmanjayamallSgPetani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *