24 Julai 2022 | Alor Setar
Hari ini DPMM Kedah telah mengadakan sesi kunjung hormat ke ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kunjungan DPMM Kedah di ketuai oleh YDP, Datuk Mohd Zayad Md Ismail, yang mana turut mengiringi, Timbalan YDP Tuan Haji Badrol Hisham serta beberapa orang ahli jawatankuasa DPMM Kedah. Terima kasih Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, dan barisan pengurusan MADA yang sudi merima kunjungan daripada DPMM Kedah.
Tujuan kunjungan adalah untuk menyampaikan hasrat DPMM Kedah untuk mengadakan sebarang kerjasama terutama dalam membantu pembangunan usahawan2 di bawah kelolaan MADA juga merupakan ahli-ahli kepada DPMM Kedah, selain membincangkan sedikit sebanyak isu-isu yang dihadapi oleh usahawan-usahawan agro pertanian.
Moga ada jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya dalam usaha membantu pembangunan usahawan agropertanian bumiputera di negeri Kedah khususnya.