16 Oktober 2025 | Amanjaya Mall, Sungai Petani.
“Jangan takut gagal, kerana kegagalan itu hanyalah guru yang keras namun ikhlas.”
– YB Dato’ Mohd Salleh Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah.
Pesanan penuh inspirasi ini disampaikan semasa majlis perasmian Karnival Usahawan Kedah X Hari Penjaja & Peniaga Kecil 2025, sebuah program yang menghimpunkan lebih 300 penyertaan usahawan tempatan di perkarangan Amanjaya Mall.
Dalam ucapannya, YB Dato’ menekankan pentingnya para usahawan kecil dan penjaja untuk mengadaptasi perubahan teknologi dan komunikasi digital, agar kekal berdaya saing. Beliau turut menyeru agar kreativiti diterapkan dalam setiap usaha perniagaan — kerana menurutnya, usaha tanpa kreativiti sukar membawa kita ke hadapan.
Karnival ini berlangsung sehingga 19 Oktober 2025 dan turut tersenarai dalam kalendar Tahun Melawat Kedah 2025. Ia diharapkan menjadi platform inspirasi, pemangkin jaringan niaga, dan medan mencipta nilai baharu dalam landskap keusahawanan negeri.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah turut menyumbang dari segi penyertaan usahawan serta pengurusan acara.



