Sesi Libat Urus RUU Statistik 2025

14 Oktober 2025|Ipoh, Perak.

Pagi ini, wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah, En. Mohd Ferdaus Kalkausar bin Kasim (AJK DPMM Kedah) telah menghadiri Sesi Libat Urus (SLU) Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) yang berlangsung di Kinta Riverfront, Ipoh, Perak.

RUU Statistik 2025 ini bakal menggantikan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) [Akta 415], sejajar dengan usaha DOSM memperkukuh fungsi, peranan serta memenuhi keperluan data dan statistik negara yang semakin kompleks.

SLU ini diadakan bagi memaklumkan dan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan terhadap draf akhir penggubalan RUU berkenaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *