3/10/2024|Seberang Prai, Penang.
Petang kelmarin DPMM Kedah berkunjung ke Pejabat Matrade Wilayah Utara. Kunjungan ini selain ingin memperkukuhkan hubungan DPMM Kedah dan pihak Matrade yang agak lama tidak mengadakan kerjasama bersama.Terima kasih kepada Pengarah Matrade Wilayah Utara puan Saudah bt Mat Isa atas kesudian menerima kunjungan kami.
Kunjungan ini turut disertai oleh beberapa ahli DPMM Kedah yang mempunyai perancangan untuk memperluaskan produk mereka ke pasaran luar negara.
DPMM Kedah juga menyampaikan hasrat agar Pihak Matrade Wilayah Utara dapat membantu mengusahakan pertemuan dengan Matrade Jakarta dan agensi2 berkaitan di Indonesia bagi membimbing dan memberi khidmat nasihat berhubungan dengan kunjungan dagang deligasi DPMM Kedah ke Indonesia pada 8hb-12hb Oktober nanti.
DPMM Kedah mengharapkan semoga akan ada kerjasama dari kedua pihak pada masa-masa akan datang.

See insights and ads
All reactions:
1010