7/10/2024|Bilik Seminar DPMM Kedah.
SESI PERNERANGAN PELAKSANAAN E-INVOIS LHDNM.
Pagi ini telah berlangsungnya sesi penerangan bersama LHDN berkenaan dengan perlaksanaan e-invois Hasil. Ucapan penghargaan kepada LHDN, khususnya Unit Pendidikan Cukai LHDN kerana sudi menerima jemputan daripada DPMM Kedah. Terima kasih juga kepada penceramah daripada LHDN iaitu Puan Fazleen Aryanti bt Osman, dan Puan Noor Syuhada bt Azizi atas sesi penerangan yang berlanjutan ke 3 jam dengan kehadiran lebih drp 70 peserta.
Seperti yang semua maklum bermula pada 1 Ogos 2024, LHDN telah melaksanakan penggunaan e-Invois secara berperingkat, sebelum akan dilaksanakan sepenuhnya kepada semua syarikat-syarikat berpendapatan pada Julai tahun 2025. Pengenalan ini adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital selari dengan pendigitalan, pentadbir percukaian di seluruh dunia yang sudah beralih ke arah e-Invois bagi pematuhan cukai
DPMM berharap semoga akan terdapat lagi sesi bersama pihak LHDN untuk sesi yang lebih bersifat teknikal berkaitan dengan pengoperasian system e-invois ini.
Penghargaan kepada pimpinan DPMM Kedah, Datuk YDP dan Timbalan YDP kerana hadir menjayakan program pada pagi ini. Terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir.





See insights and ads
All reactions:
2020