Kunjungan Daripada MARDI Kedah ke Pejabat DPMM Kedah

5 Oktober 2025 (Ahad)

Pagi ini, DPMM Negeri Kedah menerima kunjungan daripada MARDI Kedah yang diketuai oleh Encik Thiyagu bin Devarajan, Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan.

Turut hadir bersama beliau:

Puan Faiqah binti Md Jamil – Penolong Pegawai Penyelidik

Cik Norasyiqin binti Mohd Ayob – Penolong Pegawai Penyelidik, dan

Puan Siti Zuraihan binti Mohd Amer – Pengurus Testbed/Inkubator MARDI Alor Setar, merangkap Penolong Pegawai Penyelidik

Kunjungan ini telah disambut oleh YDP DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad bin Md Ismail, bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa DPMM Kedah.

Pertemuan berlangsung dalam suasana santai tapi produktif, membincangkan peluang kerjasama strategik antara DPMM Kedah dan MARDI Kedah khususnya dalam memperkenalkan skim-skim bantuan, pemindahan ilmu serta inisiatif pembangunan usahawan berasaskan teknologi dan inovasi pertanian.

Semoga jalinan ini menjadi permulaan kepada sinergi yang lebih kukuh antara kedua-dua pihak demi manfaat usahawan dan komuniti perniagaan di Negeri Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *