kunjungan hormat Dewanmuda ke Pejabat SME Corp. Malaysia Kedah & Perlis

26 Mei 2025

Alor Setar, 26 Mei 2025 – DewanMuda DPMM Kedah diketuai Pengerusinya, En. Ku Mohd Fikri Hanif Ku Puteh hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat SME Corp. Malaysia Kedah & Perlis dan disambut oleh Pengarahnya, YBrs. Tuan Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri.

Pertemuan membincangkan potensi kerjasama dalam program pembangunan keusahawanan belia, termasuk penganjuran kursus, latihan dan seminar melibatkan ahli muda DPMM Kedah.

YBrs. Tuan Zulfikar turut berkongsi peranan serta kemudahan SME Corp kepada usahawan muda. Kunjungan ini diharap memperkukuh kerjasama dan membuka ruang kolaborasi yang bermanfaat untuk belia bumiputera khususnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *