26.8.2024|Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Pengurusan DPMM Kedah yang diketuai oleh YDP Datuk Mohd Zayad Ismail hari ini telah melakukan kunjungan Hormat bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Pertemuan ringkas ini selain bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama dua hala di antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Malaysia (DPMM) Negeri Kedah bersama Kerajaan Negeri Kedah, terdapat beberapa usul berkaitan dengan isu perniagaan orang Melayu yang dikemukakan kepada Datuk SUK.
Terima kasih Dato’ Seri Norizan Khazali kerana sudi menerima kunjungan DPMM Kedah. Hadir sama dalam sesi pertemuan tersebuat adalah Timbalan Yang DiPertua DPMM Negeri Kedah, Zulkifli Khamis; Setiausaha Kehormat, Mohamad Ismadi Ismail; Bendahari Kehormat, Ir. Fazli Azmi; Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Kedah, Mohd Sobri Saari dan Pengurus.