22/8/2024| Pejabat DPMM Kedah, Alor Setar
Petang ini DPMM Kedah menerima kunjungan daripada Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia Penang (KJRI) yang diketuai oleh Pelaksana Fungsi Ekonomi II, bapak Aryadi Ramadhan. Kunjungan tersebut di sambut oleh Datuk YDP bersama dengan pengurusan dan AJK Dewan.
Kunjungan ini adalah bagi menyampaikan jemputan kepada DPMM Kedah untuk turut serta dalam Trade Expo Indonesia (TIE) ke 39 yang dijadualkan akan berlansung pada 9-12 October 2024 nanti.
TEI 2024 ke-39 adalah acara tahunun sebagai Ekspo Business to Business (B2B) terbesar dan boleh dipercayai di Indonesia, dihoskan oleh Direktorat Gerral Pembangunan Eksport Nasional Kementerian Perdagangan – Republik Indonesia.
Sesi pertemuan turut diselit dengan sesi soal jawab berkait dengan isu2 yang dihadapai oleh perniaga2 yang pernah mengadakan urusniga antara kedua-dua negara.
Tahun 2023 DPMM Kedah ada menghantar deligasi ke event yang sama. Insha Allah tahun ini DPMM Kedah akan mempertimbangkan untuk terlibat sekali lagi. Terima kasih kepada KJRI kerana sudi untuk hadir menyampaikan secara terus jemputan serta memberi perbentangan berkenaan dengan event tersebut.