23/4/2024|Alor Setar
Kunjungan ini bagi membincangkan kerjasama strategic yang boleh diwujudkan antara DPMM Kedah dan UITM Cawangan Kedah melalui aktiviti dan projek yang melibatkan usahawan-usahawan daripada golongan Melayu di negeri Kedah.
DPMM Kedah juga dimaklumkan bahawa melalaui kajian di bawah geran KPT, satu indek telah dibangunkan oleh UITM Kedah bagi mengukur kedudukan dan pretasi sesebuah perniagaan, dan boleh digunakan sebagai panduan kepada usahawan PKNS dalam memastikan perniagaan mereka terus berdaya saing.
Kunjungan ini telah disambut oleh YDP, NYDP dan barisan AJK Dewan. Terima kasih kepada; Rektor UITM Kedah, Prof. Dr. Roshima Hj. Said, Prof. Madya Ts. Dr. Azhari Md Hashim, Dr Syahiza Arsad dan Nur Zharifah Che Adenan kerana sudi berkunjung ke DPMM Kedah.
Moga akan terlaksana kerjasama antara kedua-dua pihak.