KUNJUNGAN KE PEJABAT PERLAKSANA FUNGSI EKONOMI 1, KONSULAT INDONESIA PENANG

16 April 2024|Pejabat KJRI Penang

DPMM Kedah yang disertai oleh YDP, TYDP, Naib, Setiausaha Kehormat, dan AJK telah berkunjung ke Pejabat Perlaksanan Fungsi Ekonomi 1, Konsulat Jenderal Republik Indonesia Penang (KJRI).

kunjungan ini selain sebagai kunjungan hormat DPMM Ke atas KJRI, adalah juga untuk bertemu dan menyampaikan penghargaan kepada Pak Kiki Tjahjo Kusprabowo, Perlaksana Fungsi Ekonomi 1 yang bakal bersara tidak lama lagi.

Pak Kiki Tjahjo Kusprabowo merupakan pegawai daripada Pejabat Konsulat Indonesia yang sering berkunjung ke DPMM Kedah dalam membina dan mengeratkan hubungan antara DPMM Kedah dan KJRI. Semoga Pak Kiki akan terus success dalam setiap apa yang dilakukan semasa bersara nanti.

Dalam pertemuan tersebut, DPMM Kedah turut menerima jemputan ke program MOU mengenai Urus Niaga Mata Wang Tempatan (LCT) menggunakan Rupiah atau Ringgit Malaysia antara Indonesia dan Malaysia yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *