4 Jun 2022| Kuala Kangsar
DPMM Kedah yang diketuai oleh YDP, Datuk Mohd Zayad MD Ismail hari ini berkunjung ke pejabat urusan Pasaraya borong Sakan di Kuala Kangsar sebagai kunjungan hormat untuk bertemu dengan pengasas Pasaraya Sakan sendiri iaitu Dato’ Haji Che Umar bin Yatim.
Dato’ Haji Che Umar bin Yatim adalah anak Kedah. Nama SAKAN diberi adalah bersempena nama kampong beliau iaitu Kg Sakan yang terletak di Alor Setar, dan anak Kedah ini kini boleh berbangga dengan pencapaianya dengan berjaya melebarkan jaringan perniagaannya sehingga kini lebih daripada 63 cawangan Pasaraya Borong SAKAN di seluruh Malaysia. DPMM Kedah berpandangan kejayaan tokoh ini perlu diangkat sebagai ikon usahawan Melayu yang Berjaya.
Tujuan kunjungan adalah untuk meyampaikan hasrat DPMM Kedah untuk menjemput beliau sebagai ahli kehormat DPMM Kedah. Alhamdulillah, beliau secara dasarnya bersetuju dengan jemputan tersebut. Moga urusan seterusnya dipermudahkan.