DPMM Kedah - Dewan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah - DPMMK - Usahawan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan

SAMBUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DPMM KEDAH TAHUN 2022

Majlis berlansung pada 26 Mei 2022/24 Syawal 1443H

Alhamdulillah..

Gambar-gambar sekitar Jamuan Aidilfitri DPMM Kedah tahun 2022.

YDP DPMM KEDAH Datuk Mohd Zayad Md.Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir dan majlis juga diserikan dengan kehadiran Presiden DPMM, Dr. Hj. Abd Halim bin Husin, timb. Presiden Norsyahrin Hamidon, barisan Majlis Eksekutif Dewan (MED), YDP-YDP Negeri, serta Dewan Pusat. Rakan-rakan strategik DPMM Kedah turut hadir memeriahkan suasana. DPMM Kedah amat berbesar hati menerima kehadiran daripada Konsulat Jenderal Indonesia, MTEM, Institut Koperasi Malaysia Zon Utara, KEDA, FAMA, Bank Islam, UUM, Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan India, wakil Persatuan-persatuan dan ramai lagi wakil-wakil jemputan.

Penghargaan juga kepada ahli-ahli DPMM Kedah bersama keluarga masing-masing yang turun beramai-ramai menjayakan majlis ini.

JK pengurusan, Ajk dan Seketariat DPMM Kedah, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga ikatah ukhwah dan siratulrahim ini berkekalan.

DPMM Kedah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *