Hari terakhir dan penutup kursus Latihan Industrial Revolution 4.0 & Digital Intergrated Technology anjuran DPMM Negeri Kedah bersama Stylus Asia Sdn. Bhd., sebuah syarikat Penyedia penyelesaian IT di peringkat Asia. Antara topik perbincangan pada hari terakhir kursus meliputi topik Aplication of IR4.0. Terima kasih atas kehadiran dan ucapan penutup daripada YDP Dewan Kedah, Datuk Zayad Ismail. Kursus ini berlangsung selama 3 hari yang bermula 8 Nov 2021 hingga 10 Nov 2021 yang dijalankan di Bilik Seminar Bangunan DPMM Kedah.Terima kasih di ucapkan kepada Trainer, Mr Indan Nadarajah, dan juga kepada 30 perserta yang hadir untuk program ini.