DPMM Kedah - Dewan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah - DPMMK - Usahawan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPMM KEDAH KALI KE-48

19hb Mac, 2022, Sabtu. Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kedah kali ke-48 tahun 2022 yang berlangsung di Jerai Hotel, Alor Setar Kedah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman atas kesudian hadir merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-48 ini. Majlis turut dihadiri oleh beberapa wakil dari kepimpinan DPMM Pusat, Majlis Eksekutif Dewan serta urusetia DPMM Pusat. DPMM Kedah mengalu-alukan kehadiran para jemputan yang terdiri daripada Presiden Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Negeri Kedah Mr. Ang Saik Cheong, Presiden Dewan Perniagaan Dan Perusahaan India Negeri Kedah Mr. Sreekanth Sibastin, Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia Dato’ Seri Boon Som Inong dan Pengurus Bank Simpanan Nasional, Kedah En. Mohd Suhaimi bin Abd. Ghafar. Terima kasih kepada Ahli-ahli DPMM Kedah yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke Mesyuarat kali yang ke- 48 ini. Terima kasih semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *