16 DEC 2024, ALOR SETAR – Pagi ini telah berlangsungnya kursus pendek berkaitan topik ‘Pelajari Cara Mudah Membuat WebSite Menggunakan AI’. Terima kasih kepada Coach En. Muhammad Razak daripada I-Jejak Solution & Services kerana memilih DPMM Kedah untuk memberi penerangan berkaitan tajuk tersebut.
Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan kehadiran lebih daripada 50 orang peserta dari pelbagai latar belakang perniagaan dan industri. Melalui sesi ini, para peserta telah didedahkan kepada teknik-teknik mudah dan pantas menggunakan teknologi AI untuk membina laman web profesional tanpa memerlukan pengalaman teknikal yang mendalam. Topik topik lain yang turut di bentangkan adalah cara menggunaan AI dan Chat GPT untuk memudahkan urusan kerja.
Tahniah kepada semua yang hadir hari ini kerana mengambil langkah pertama untuk mendigitalkan perniagaan anda. Kami berharap ilmu yang dikongsikan akan memberikan impak positif kepada perkembangan perniagaan anda.
Teruskan mengikuti Facebook DPMM Kedah untuk maklumat terkini mengenai program dan aktiviti akan datang. Bersama-sama kita menuju ke arah transformasi digital!





See insights and ads
All reactions:
2626