PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA USAHAWAN DPMM KEDAH.

21 Nov 2034, ALOR SETAR – Petang ini bertempat di bilik seminar DPMM Kedah telah berlangsungnya program berbentuk bual bicara berkaitan keusahawanan. Program anjuran DEWANITA DPMM Kedah ini dinamakan sebagai Program Sembang Santai Petang bersama usahawan dengan topik perbincangan membawa tema ‘memujuk hati membina keberanian’.

Panelist merupakan kalangan ahli DPMM Kedah sendiri yang dilihat berjaya membangunkan rangkaian perniagaan dalam bidang masing-masing.

Speaker 1. Hajah Asiah bt Bashah, usahawan dalam bidang pasaraya Borong, yang mana kini sudah mempunyai 13 cawangan kedai di bawah jenama pasaraya AA Teguh,

Speaker 2 pula Hajah Wan Zaharah Wan Osman, usahawan optometri, juga mempunyai banyak cawangan kedai yang mana mempunyai kaedah yang tersendiri untuk setiap cawangan perniagaan beliau. Kaedah perniagaan yang agak menarik dimana beliau akan megenalpasti kakitangannya yang berpotensi untuk diberikan peluang sebagai rakan kongsi untuk setiap pembukaan cawangan baru, malah diberi kebebasan untuk menggunakan jenama mereka sendiri untuk cawangan baru tersebut.

Diharapkan program ini akan dapat sedikit sebanyak menjentik inspirasi peserta yang hadir, serta membuka peluang dan ruang untuk bersama-sama memanfaatkan ilmu keusahawanan dalam kehidupan seharian dan juga perniagaan masing-masing.

Terima kasih kepada peserta2 yang terdiri daripada ahli-ahli DPMM Kedah dan juga bukan ahli yang sudi hadir mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi menjayakkan program ini. Terima kasih juga kepada persatuan USAHANITA Kedah yang turun beramai-ramai memberi sokongan. Moga akan terus terjalin hubungan antara USAHANITA dan DPMM Kedah.

Penghargaan kepada Naib Yang Dipertua, En. Mohd Khairul b Suhaimi yang bertindak sebagai moderator bagi membawa program ini dengan jayanya. Penghargaan juga kepada panelist kerana sudi berkongsi cita-cita business, tip-tip perniagaan, dan pengalaman berharga dalam perjalanan membangunkan perniagaan.

Insha-Allah, selepas ini akan ada lagi tokoh-tokoh usahawan samada dari ahli DPMM sendiri ataupun tokoh usahawan luar yang akan Dewan jemput untuk berkongsi cerita berkenaan dengan perjalanan perniagaan mereka.

#Dariusahawanuntukusahawan

#UsahawanDPMMK

#DPMMKedah

#KejayaanBersama

#InspirasiPerniagaan

+3

See insights and ads

Boost post

All reactions:

2525

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *