LAWATAN INDUSTRI: DPMM KEDAH TEROKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI OEM

DPMM KEDAH TEROKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI OEM

20 Ogos 2026 | Kulim, Kedah.

Seramai 16 usahawan DPMM Kedah diketuai YDP, Haji Zuhaizar Abdul Karim, telah mengadakan lawatan industri ke First Grade Resources Sdn. Bhd., Kulim bagi memahami potensi industri OEM (Original Equipment Manufacturer) sebagai platform pengembangan perniagaan usahawan dan PKS.

Bermula pada tahun 2008 daripada premis kecil, First Grade Resources kini mempunyai 200 pekerja dengan operasi di Kulim dan Jitra, serta menghasilkan pelbagai produk termasuk minuman, kosmetik, penjagaan kulit dan rambut serta produk kesihatan dan kecantikan. Antaranya produk minuman di bawah jenama Tok Babah.

Lawatan turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses pengeluaran, kawalan kualiti, makmal analisis serta pematuhan standard seperti Halal, GMP dan MeSTI.

DPMM Kedah melihat industri OEM sebagai satu peluang strategik untuk membantu usahawan membangunkan produk berjenama sendiri tanpa perlu membina kilang, sekali gus membuka ruang kepada pertumbuhan perniagaan, peningkatan produktiviti dan penciptaan peluang pekerjaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *