Hari ini Dewan Melayu Kedah menerima jemputan ke pusat jualan Kraf tangan yang diusahakan oleh persatuan Pengusaha Kraf Kedah yang terletak di dalam bangunan Muzium Padi Kedah.
Persatuan Pengusaha Kraf Kedah yang lebih dikenali dengan PPKK merupakan sebuah persatuan khas bagi usahawan pengeluar kraf tangan di negeri Kedah.
Melihat kepada produk kraf tangan tradisional Kedah ini, Dewan Melayu Yakin bahawa produk usahawan kraf ini mampu menembusi pasaran antarabangsa sekiranya mempunyai landasan pemasaran dan penghasilan material bersesuaian dengan cita rasa semasa.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan Muzium Padi kerana sudi turut sama mengiringi YDP Dewan Perniagaan Melayu Kedah, Datuk Zayad bin Md Ismail untuk meninjau ruang pameran di dalam Muzium Padi. Terima kasih juga atas hidangan santai masakan kampung di tepi sawah bendang yang begitu nyaman dengan hembusan angin timur.
Pihak DPMM sangat menghargai sambutan daripada pihak persatuan Pengusaha Kraf Kedah dan muzium Padi Kedah.