Siri pertemuan YDP bersama ahli Dewan diteruskan pada 27/12/2021.
Antara isu yang sering dibangkitkan oleh peniaga adalah isu kenaikan harga barangan yang boleh dikatakan meliputi hampir semua jenis barang. Ada peniaga yang terpaksa megekalkan harga jualan. Ini demi untuk kelansungan perniagaan setelah lama ditutup. Mereka sanggup untuk meraih keuntungan sedikit atau tiada lansung keuntungan daripada kehilangan pelanggan setia, terutama ada awal pembukaan semula peniagaan.
Oleh itu, Kerajaan perlu segera memberi fokus kepada isu kenaikan harga barangan yang sangat membebankan ini dengan mewujudkan mekanisme baharu bagi mencari jalan penyelesaian dan membuang dasar-dasar lama yang tidak memberi kebaikan kepada rakyat.
Tindakan segera dan langkah efektif bagi jangka pendek, sederhana dan panjang perlu dilakukan segera terutama oleh badan2 atau agensi2 yang berkaitan. KPDNHEP contohnya perlu mengkaji segera seluruh rantaian makanan daripada peladang, pengedar, pemborong serta peruncit dan dimanakah punca kepada apa yang berlaku hari ini.
Agensi seperti MAFI dan agensi2 lain perlu proaktif dalam membantu petani kerana bajet yang besar telah dilaburkan oleh kerajaan dan perlu juga membantu memerangi orang tengah yang cuba mengaut untung berlebihan.
Dewan Melayu melihat ada sesuatu yang berlaku terhadap nilai barangan yang meningkat kerana dikhuatiri ada yang cuba mengambil kesempatan diatas kenaikan harga ini.
Inilah “masa tepat” untuk kerajaan memberikan tumpuan lebih terutamanya kepada pengusaha bumiputera, memandangkan mereka segmen “paling lemah” dan terkesan dalam tempoh PKP sebelum ini.