YDP DPPM Kedah turun padang meninjau peniaga-peniaga Melayu di gerai Medan Selera Merdeka, berhampiran kawasan Stadium Darul Aman. Lawatan ini atas jemputan Persatuan Peniaga Kecil Islam Kawasan Stadium yang merupakan persatuan yang mewakili peniaga-peniaga di kawasan tersebut.YDP Dewan, Datuk Mohd Zayad b Md Ismail yang mewakili Dewan Melayu Kedah dibawa meninjau sekitar kawasan medan selera tersebut bagi melihat masalah-masalah berbangkit. Semoga pertemuan ini sebagai langkah awal dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dibangkitkan oleh peniaga-peniaga di kawasan tersebut. Terima kasih kepada Tuan Fauziz Zakaria, selaku pengerusi persatuan serta peniaga-peniaga kerana sudi menerima kunjungan kami
