DPMM Kedah - Dewan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah - DPMMK - Usahawan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PRIHATIN KEPADA PENIAGA-PENIAGA KECIL SEKITAR ALOR SETAR.

19/12/2021

Majlis penyampaian bantuan persekolahan untuk anak-anak Ahli ini merupakan program tahunan DPMM Kedah. Sumbangan bantuan Ini adalah hasil daripada wang agihan balik kutipan zakat yang diperolehi setiap tahun dan digunakan untuk agihan dan sumbangan mengikut ketetapan yang telah disyaratkan oleh Pejabat Zakat, yang mana DPMMK dilantik sebagai ejen kutipan zakat perniagaan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Kehadiran penerima bantuan persekolahan pada hari ini adalah sebahagian daripada keseluruhan penerima bantuan. Atas faktor SOP kita tidak dapat memanggil semua penerima bantuan tersebut.Selain itu, program ini turut disekalikan dengan pengagihan sumbangan bantuan prihatin yang di sampaikan oleh YDP, Datuk Mohd Zayad bin Md Ismail kepada wakil persatuan-persatuan peniaga kecil di sekitar Alor Setar. Sumbangan untuk bantuan prihatin ini merupakan peruntukan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBSA). Antara wakil persatuan yang hadir pada majlis ini adalah;i. Persatuan Penjaja Dan Peniagan Kecil Negeri Kedahii. Persatuan Inspirasi Usawahan Kedah Utaraiii. Persatuan Peniaga Kecil Islam Kawasan Stadiumv. Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kawasan Kuala Kedahvi. Persatuan Pengusaha Kraf KedahDPMM Kedah mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi terima kasih kepada MBSA atas peruntukan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *