Majlis Iftar Bersama Konsulat Jenderal Indonesia (KJRI) Pulau Pinang.

26 Mac 2025 | The Ruang Event Space, Jitra.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah pada hari ini telah menerima jemputan istimewa daripada Pejabat Konsulat Jenderal Indonesia (KJRI) Pulau Pinang bagi menghadiri Majlis Iftar yang berlangsung di The Ruang Event Space, Jitra, Kedah.

Majlis yang diadakan bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan ini turut menjadi platform mempereratkan hubungan diplomatik dan jaringan kerjasama antara komuniti perniagaan Malaysia-Indonesia. Kehadiran delegasi DPMM Kedah diketuai oleh Yang DiPertua Datuk Mohd Zayad, bersama barisan ahli jawatankuasa Dewan.

Ketibaan rombongan DPMM Kedah disambut mesra oleh Konsul Jenderal Indonesia Pulau Pinang, Bapak Wanton Saragih, bersama pegawai-pegawai kanan KJRI termasuk Fungsi Ekonomi II, Bapak Aryadi Ramadhan serta kakitangan pejabat Konsulat Jenderal Indonesia.

Majlis ini bukan sahaja diisi dengan acara berbuka puasa bersama, malah turut memberi ruang kepada para tetamu untuk beramah mesra, bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan rentas sempadan antara negeri Kedah dan Republik Indonesia.

DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan dan layanan yang diberikan oleh pihak KJRI Pulau Pinang, di samping berharap agar hubungan erat antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh melalui pelbagai program kolaboratif pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *