Program Walkabout DPMM Kedah bersama YB Exco Perlancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Dato Hj. Mohd Salleh Saidin di tiga lokasi bazar Ramdhan di negeri Kedah. Program ini bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi juga sebagai tanda sokongan dan komitmen kerajaan negeri dan NGO-NGO berkaitan dalam memperkasakan ekonomi rakyat serta menyantuni para peniaga dan pengunjung. Antara lokasi bazar Ramadan yang sempat DPMM turut serta adalah Bazar Kuih Raya Lorong Empire, Bazar Ramadan Stadium Darul Aman dan Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani.
YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin turut menyampaikan apron edisi khas “Experience Kedah” secara percuma kepada para peniaga di bazar ramadhan sebagai satu usaha promosi Tahun Melawat Kedah 2025. ‘Experience Kedah’ telah diangkat sebagai tema rasmi Tahun Melawat Kedah 2025.“Tema kempen ‘Experience Kedah’ ini adalah ajakan atau pelawaan oleh orang Kedah yang sinonim dengan ‘keloi ajak mai’ buat pelancong untuk datang dan merasai sendiri pengalaman Kedah yang sebenar yang tidak akan dapat dinikmati di tempat lain.
DPMM Kedah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin atas jemputan untuk turut serta dalam program ini. Semoga usaha murni ini terus memperkukuhkan ekosistem keusahawanan tempatan serta membawa limpahan rezeki kepada semua peniaga yang terlibat.









