25 April 2024| Dewan Anak Bukit, Alor Setar
Sekitar Majlis Jamuan Aidilfitri DPMM Kedah tahun 2024.
Saban tahun DPMM Kedah akan meraikan ahli-ahli dan rakan-rakan strategik dengan penganjuran majlis jamuan hari raya. Syawal tahun ini, Majlis jamuan Aidilfitri telah diadakan pada petang semalam di Dewan Anak Bukit Alor Setar Kedah.
Alhamdullilah ramai jemputan yang hadir memeriahkan majlis. Antara tetamu adalah YB Dr. Haim Hilman, Exco kerajaan negeri Kedah, dan Konsul Jenderal Indonesia Penang, Bapak Wanton Saragih bersama deligasinya. Turut bertandang penasihat Menteri Buruh Thailand, En. Charan Khun-in.
Majlis juga turut menerima tetamu daripada Dewan Perniagaan Cina, India, dan Siam yang diketuai pesiden masing2, selain wakil dari UUM, IKM, UITM Kedah, institusi2 kewangan dan pendanaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil persatuan, wakil2 dari DPMM Negeri-negeri dan ramai lagi.
DPMM Kedah berbesar hati menerima kunjungan semua. Moga hubungan terus terjalin. DPMM Kedah mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Aidilfitri kepada semua, dan mohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap.