OPERASI HAJI TANAH AIR (OHTA) STESYEN ALOR SETAR MUSIM HAJI 1445H.

16/5/2024| Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar.

Seramai 13 ahli DPMM Kedah terdiri daripada AJK, Dewanmuda, Dewanita dan kakitangan petang ini turun menyantuni bakal jemaah haji negeri Kedah untuk musim haji 1445H. Ini merupakan kali kedua DPMM Kedah menghantar deligasi sebagai sukarelawan dalam Operasi Haji Tanah Air (OHTA) Stesen Alor Setar setelah melakukannya dalam musim haji yang lepas.

Aktiviti seperti ini dijalankan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Fi Sabililah, selain memberi peluang dan pengalaman kepada ahli-ahli DPMM Kedah menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawan.

Terima kasih pihak kepada Tabung Haji negeri Kedah atas kesudian memberi peluang kepada YAYASAN DPMM Kedah. Semoga atas asbab ini, semua yang terlibat dalam menyatuni Dhuyfurrahman beroleh rahmat, keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

YAYASAN DPMM Kedah mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua Jemaah. semoga semua selamat menunaikan ibadah Haji dengan sempurna, kesihatan yg baik & dilindungi Allah selama menunaikan ibadah. Semoga mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *