27 Oct|ALOR SETAR- Pagi ini telah berlansungnya majlis Penyampaian Bantuan pendidikan DPMM Kedah bagi tahun 2024. Bantuan pendidikan tahun ini adalah merangkumi bantuan persekolahan dan juga bantuan melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS.
Bagi tahun 2024 ini, seramai 122 penerima yang terdiri daripada anak ahli-ahli DPMM Kedah terpilih untuk menerima sumbangan.
Sumbangan berbentuk wang tunai itu telah di sampaikan oleh Timbalan Yang DiPertua, Tuan Hj Zulkifli Khamis yang di sampaikan kepada waris-waris pelajar.
DPMM Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini. Tahniah juga kepada pelajar2 yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Penghargaan kepada pembayar-pembayar zakat perniagaan yang melunaskan tanggungjawab mereka melalui Yasyasan DPMM Kedah. Sebagai makluman DPMM Kedah telah dilantik menjadi agen kutipan zakat oleh LZNK sejak tahun 2017 lagi.





See insights and ads




All reactions:
1919