PROGRAM CSR BANTUAN PASCA BANJIR KE DAERAH PENDANG.

27 Oct 2024| PENDANG- DPMM Kedah kelmarin telah mengadakan program CSR sumbangan Bantuan Banjir ke daerah Pendang. Bantuan dalam bentuk wang tunai dan juga barangan keperluan asas ini meliputi 41 mangsa banjir dari Kg. Bukit Raya, Kg Guar Kepayang, Kg Padang Pusing, Kg Ayer Puteh dan Kg. Tobiar.

Sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir telah disampaikan oleh YDP Datuk Mohd Zayad bersama-sama dengan AJK Dewan, Dewan Muda dan Dewannita.

DPMM Kedah sangat bebesar hati atas kesudian Penolong Pegawai Daerah, En. Mohd Zhafri bin Dato’ Hj. Mohd Zohdi untuk turun bersama2 meraikan penerima bantuan.Penghargaan juga kepada Pengurusan Pejabat Daerah & Tanah Pendang kerana memberi keizinan kepada DPMM Kedah untuk menggunakan kemudahan di permis tersebut bagi menjayakan program ini.

Turut hadir Penghulu Mukim Tobiar En. Muhammad Ibrahim dan kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Pendang yang bertindak sebagai pemudah cara terutama dalam menguruskan tempat dan senarai penerima yang layak.

Sumbangan wang tunai ini merupakan wang agihan semula kutipan zakat perniagaan yang dibayar melalui DPMM Kedah. Sebagai makluman DPMM Kedah melalui Yayasan DPMM Kedah telah diberi tauliah oleh LZNK sebagai agen kutipan zakat Peniagaan sejak tahun 2017 lagi. Selain itu, turut di sampaikan kepada penerima barangan keperluan asas yang disumbnagkan oleh ahli DPMM Kedah.

Semoga dengan penganjuran majlis ini dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita.

#CSRDPMMKEDAH

#banjirkedah2024

#YAYASANDPMMKEDAH

#dpmmkedah

+17

See insights and ads

Boost post

All reactions:

1919

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *