20 September 2026 | Alor Setar, Kedah
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Pengajian Tinggi DPMM Kedah Tahun 2026, satu inisiatif berterusan DPMM Negeri Kedah dalam menyokong pendidikan dan kebajikan generasi muda.
Majlis ini turut menyaksikan kehadiran 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐭, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan yang disambut oleh 𝐘𝐃𝐏 𝐃𝐏𝐌𝐌 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡, 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐙𝐮𝐡𝐚𝐢𝐳𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐦 bersama barisan jawatankuasa negeri.
Seramai 31 orang pelajar, terdiri daripada anak-anak ahli DPMM Kedah serta pelajar kurang berkemampuan yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) sesi 2026, telah menerima bantuan menerusi inisiatif ini.
Bantuan tersebut merupakan hasil agihan semula kutipan zakat tahun 2025 melalui Yayasan DPMM Kedah, hasil kepercayaan dan sokongan berterusan para pembayar zakat perniagaan.
Turut hadir Datuk Mohd Zayad bin Md Ismail, Mantan Yang Dipertua merangkap Penasihat DPMM Negeri Kedah serta para pembayar zakat melalui Yayasan DPMM Kedah.
Inisiatif ini memperlihatkan komitmen DPMM Negeri Kedah bersama Yayasan DPMM Kedah dalam memastikan manfaat zakat terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan, khususnya bagi membantu meringankan beban pendidikan.
DPMM Negeri Kedah merakamkan penghargaan kepada 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐭 atas kesudian hadir menyempurnakan majlis.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pembayar zakat melalui Yayasan DPMM Kedah. Semoga setiap sumbangan yang disalurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada lebih ramai penerima.


















