DPMM Kedah - Dewan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah - DPMMK - Usahawan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan

MAJLIS SUMBANGAN RAMADAN 2022 ANJURAN DEWANITA DPMM KEDAH.

Majlis sumbangan Ramadan kepda ahli-ahli DEWANITA terpilih anjuran DEWANITA DPMM Kedah yang diadakan di pejabat DPMM Kedah. Sumbangan Ramadan ini diusahakan oleh pengerusi Dewanita Hjh Asiah bt Bashah, dan juga Penasihat Dewanita Hjh Rozaini bt Salleh.

10 orang ahli DEWANITA telah dipilih untuk menerima sumbangan Ramadan ini.Terima Kasih juga kepada YDP, Datuk Mohd Zayad kerana sudi menghadirkan diri berkongsi nasihat berkaitan perniagaan serta menyampaikan sumbangan tersebut.Semoga usaha ini dapat memberi makna terutama kepada ahli-ahli DEWANITA yang terpilih.

Diharapkan juga sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka. DPMM Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hjh Asiah bt Bashah, dan Hjh Rozaini bt Salleh atas inisiatif ini. Moga Allah memberkarti kehidupan dan perniagaan mereka. Amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *