Majlis Wacana “Tarif Trump & Prospek Pelaburan Kulim Hi-Tech Park”

29 Mei 2025 | Dewan Seri Melor, Seri Mentaloon, Alor Setar

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan ke Majlis Wacana “Tarif Trump & Prospek Pelaburan Kulim Hi-Tech Park” yang berlangsung dengan jayanya pagi ini. Wacana ini memberi tumpuan kepada impak dasar tarif era Presiden Donald Trump terhadap aliran pelaburan global serta potensi Malaysia, khususnya Kulim Hi-Tech Park (KHTP), dalam merebut peluang yang wujud hasil perubahan landskap ekonomi dunia.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuk implikasi Perang Dagangan Trump ke atas pelaburan negara, prospek dan peluang pelaburan di Negeri Kedah, serta sesi dialog mengenai kesiapsiagaan negeri ini menghadapi ketidaktentuan global. Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat dan YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, serta perkongsian ilmiah daripada panel jemputan: YBhg. Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid, YBhg. Tn. Noor Ikhsan bin Abdul Aziz dan YBhg. En. Chong Nee Hwa.

DPMM Kedah amat menghargai ruang sesi perkongsian maklumat ini yang sangat bermanfaat dalam memperkukuh kefahaman terhadap situasi semasa serta hala tuju pelaburan negeri, khususnya kepada para pemain industri di Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *