25/6/2024|ALOR SETAR
Sempena Program NTW 2024, hari ini bertempat di Bilik Seminar DPMM Kedah telah berlangsungnya aktiviti sesi perbentangan dan pembelajaran yang melibatkan 3 organisasi iaitu Lembaga Tabung Haji, E-Desa, dan Bank Simpanan Nasional.
Sesi perbentangan daripada organisasi tersebut merangkumi 3 topik perbincangan iaitu;
1. Tabung Haji Sebagai Tonggak Kejayanan Ekonomi Ummah.
2. Peluang Pemasaran Produk Iks Ke Pasaran Global Melalui Aplikasi E-Desa
3. Kemudahan Pembiayaan Kepada Usahawan Mikro Untuk Mengembangkan Perniagaan Melalui Skim Mikro I-Madani.
DPMM Kedah mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam program NTW 2024 Di DPMM Kedah, kususnya HRDCorp, Lembaga Tabung Haji, Pengasas Aplikasi e-Desa dan Bank Simpanan Nasional. DPMM Kedah percaya penganjuran program NTW yang diadakan diseluruh negara selama satu minggu akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Sesungguhnya keberhasilan inisiatif ini hanya akan dapat dicapai dengan sokongan, komitmen, dan dedikasi daripada semua pihak. DPMM Kedah menyampaikan penghargaan kepada semua yang hadir. Moga hubungan ini berterusan, dan semoga semua agensi dan individu yang terlibat pada hari ini sudi untuk terlibat dan bekerjasama dengan DPMM Kedah untuk program-program lain di masa akan datang.