23/7/2024|Pejabat DPMM Kedah
pejabat DPMM Kedah menerima kunjungan daripada wakil UITM Cawangan Kedah Prof Madya Dr Azlyn Ahmad Zawawi dan Cik Noorailahusna Yusof.
Kunjungan ini bagi membincangkan berkenaan jemputan kolabrorasi bersama antara UITM Kedah dan DPMM Kedah dalam satu projek penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan penyelesaian sosio-ekonomi yang melibatkan kemiskinan dan taraf hidup rakyat Malaysia, khususnya di negeri Kedah.
Kunjungan ini telah disambut oleh YDP, NYDP dan beberapa AJK Dewan. Semoga usaha UITM Kedah dalam memohon geran penyelidikan akan beroleh keputusan yang positif. DPMM Kedah menyokong penuh keatas sebarang usaha yang melibatkan peningkatan sosio-ekonomi orang-orang Melayu khususnya. Kami juga berharap agar kerjasama yang bakal terbentuk akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak dan masyarakat secara keseluruhan.