24/11/2021
Alhamdullilah hari ini dapat disempurnakan program seperti yang di rancang. Terima kasih YDP DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad bin Md Ismail, kerana sudi hadir berkongsi ilmu serta merasmikan program pada hari ini. Sesi taklimat ini disampaikan oleh puan Rusita bt Md Lazim, setiausaha Tribunal Rayuan Persaingan, kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Antara pekara-perkara yang disampaikan adalah berkaitan dengan fungsi TRP, Prosiding Pendengaran TRP serta kuasa-kuasa TRP, Penguatkuasaan di bawah Akta Persaingan 2010 (Akta 712) terhadap amalan anti persaingan oleh entiti persaingan, Sektor perdagangan dan Perkhidmatan, serta sesi sola jawab.Terima kasih juga kepada pihak BSN yang diketuai oleh En Mohd Suhaimi bin Abdul Gafar, Head State Business Financing & Development Department, kerana sudi menaja makanan dan cenderahati serta memberi taklimat berkaitan beberapa SKIM bantuan yang berkaitan dengan Skim Covid-19 yang peruntukannya hampir mencecah RM1.1 billion, serta membuka booth untuk memudahkan permohonan terus daripada peserta.Terima kasih juga kepada peserta-peserta yang sudi melapangkan masa hadir dalam program tersebut. Moga penganjuran program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.