PROGRAM CSR BANTUAN PASCA BANJIR KE DAERAH PADANG TERAP.

29 Oct. 2024 – Petang ini DPMM Kedah yang diketuai oleh YDP Datuk Zayad telah berkunjung ke Pejabat Daerah Padang Terap bagi menyampaikan sumbangan kepada 30 mangsa banjir dari Kg. Tanjung, Kg. Jelutong, dan Kg. Mani. Kunjugan ini turut disertai oleh TYDP, AJK Dewan, Dewanmuda dan kakitangan DPMM Kedah.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Padang Terap kerana memberi keizinan untuk menggunakan bilik gerakan bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Puan Mastura bt Sapifee, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan atas kesudian hadir menyantuni DPMM Kedah dan juga penerima-penerima sumbangan. Turut ada bersama adalah En Iskandar Hasdi Hj. Ismail, Penghulu Mukim Belimbing kanan, En. Saiful Amri bin Musa, Penghulu Mukim Padang Terap Kanan dan En Zharif bin Dato Zohdi, Ahli Majlis MDPT.

Sumbangan berbentuk wang tunai ini merupakan wang terkumpul daripada agihan semula kutipan zakat perniagaan yang dibayar melalui DPMM Kedah untuk tahun 2023.

DPMM Kedah sejak tahun 2017 lagi telah dilantik oleh LZNK sebagai agen kutipan zakat LZNK, dan melalui agihan semula kutipan zakat yang dikembalikan kepada DPMM Kedah akan disalurkan kepada penerima2 yang terdiri daripada golongan yang layak menerima zakat melalui akitiviti2 dan program2 yang Dewan jalankan.

Terima kasih juga kepada individu yang turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan untuk di sampaikan kepada mangsa-mangsa banjir. Semoga sumbangan yang kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan. DPMM Kedah berharap agar program-program berbentuk CSR ini akan dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita.

#CSRDPMMKEDAH

#banjirkedah2024

#YAYASANDPMMKEDAH

#dpmmkedah

+15

See insights and ads

Boost post

All reactions:

26Sastria Hotel Sungai Petani Kedah and 25 others

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *